Tuesday, April 27, 2010
Rock Climbing di Batu Cave
Saturday, April 24, 2010
Sedih Atau Gembira kah ??
Korang pernah x dgr lirik lagu ni...
Ada seorang gadis
Termenung di jendela ....
Tapi wanita dlm gambr aku ni xde kene mengena ngan lirik tersebut pun..hahaha...ni adalah cubaan aku menangkap gmbr bentuk 'Potrait' . yeke neh erk... ? Apa-apa pun, aku masih dlm proses mengenali dgn lebih rapat kamera dan fungsi2nya...
Thanks Nad n Intan sbb sudi diambil gambar. Aku ni masih belajar cmne nak amik gambar.. Kalau gambar ini mencacatkan kamu yg sememangnya cantik itu, aku minta maap.. ahaks..^_^
Ini Bokeh ?
Ia berasal dari perkataan dalam bahasa jepun, ianya merupakan satu istilah dalam fotografi yang merujuk kepada kabur(blur) pada gambar. Kabur ini adalah disebabkan oleh kawasan yang berada di luar titik fokus yang dihasilkan oleh lensa kamera.
Macam mana nak dapatkan bokeh?
Cara mudah ialah gunakan lens yang mempunyai aperture besar seperti F1.4 – F2.8. Satu lagi kaedah adalah dengan menggunakan jarak, pastikan subjek dan latar belakang ada jauh akan menghasilkan bokeh.
Dalam bahasa yg susah sikit cenggini....
Bokeh is often most visible around small background highlights, such as specular reflections and light sources, which is why it often associated with such areas. However, bokeh is not limited to highlights, as blur occurs in all out-of-focus regions of the image. "
Rujukan : http://en.wikipedia.org/wiki/Bokeh
Adakah gambar yg aku tangkap ni boleh dikatakan bokeh ataupun.......................boleh? Tp terang2 bukan kot..aperture yg aku guna f5.6 tp klu ikut nota kat atas tu guna aperture besar cam f 1.4 atau f 2.8. hahaha.. teruskan usaha..caiyok2.
Camera: Canon EOS 1000D Digital
Exposure: (1/60)
Aperture: f/5.6
Focal Length: 39mm
ISO Speed: 200
Thursday, April 22, 2010
Visit I - City Shah Alam : Pine Light Trees
Ini adalah cubaan dlm menyerasikan diri bersama agar tidak kekok dan malu aku terhadap 1000D itu..hahaha..Walaupun aku hanya mampu memiliki Canon eos 1000D, tapi aku rasa puas sbb lama sudah memendam rasa nak memilikinya.. Kalau diikutkan hati neh, fedup gak rsenye bila gmbr yg diambil x menepati ciri2 yang dikehendaki. Tapi, aku hanyalah seorang fotografer 'beginner' dan masih byk yg perlu aku pelajari.
Thanks to Rinto n Nad sbb sudi ikut aku kesana..
[ smpi sana jmpe 2 org staf TMS sedang mengecat dinding opis i-City ]
Camera: Canon EOS 1000D Digital
Exposure: (1/16)
Aperture: f/3.5
Focal Length: 29mm
ISO Speed: 800
Wednesday, April 21, 2010
Don't know What Is That ?
Aku x tau binatang ape sbnrnye..korang tau tak binatang apakah ini ????
Camera: Canon EOS 1000D Digital
Exposure: (1/100sec)
Aperture: f/5.6
Focal Length: 41mm
ISO Speed: 100
Panaroma of Broga Hill
Memanjat Bukit Broga yg terletak di Semenyih.. pukul 6pg dah gerak n semua berkumpul kat parking opis. Smpi sana pun org dah ramai..Aktiviti memanjat agak meletihkan badan dgn keadaan tidur yg kurang serta bentuk muka buminya yg x seperti di kaki lima jalan petaling street.
Akhirnya, dlm jam 8pg kami pun smpi di puncak yang pertama..sebenarnye aku malas nak cerita sbb nnti aku cerita dlm blog aku lg satu..disebabkan blog ni bertunjangkan bab2 fotografi, so aku nak cite psl gmbr2 jerk..muakakaka...poyos giless...
Masa manjat bukit ni, aku xde lagi kamera cap dslr neh..aku pakai kamera compact Samsung ES10 yg baterinye bertahan selama 10 minit (sbb x cas)... power lg kamera kau ni..x caya korg tgk gmbr2 kat bawah tu.. lain2 cume mengharapkan kamera incik amin jerk..klu x silap aku dia pakai Nikon D60..
Wooo, hebat kan..kamera x hebat pun sbnrnye, tp kita yg mengawal kamera tu yg hebat...yelah, kita ni manusia diciptakan oleh Allah mmg hebat pun..Bersyukurlah ye.. Alhamdulillah..tambah lg dgn alam yg diciptakan-Nya.
Alhamdulillah sekali lagi sbb kami berjaya menawan puncak bukit broga dgn keizininan dari-Nya..
Camera: Samsung ES10 8.1 Mp
Photo Style Selector : Forest
ISO Speed: Auto
Sunday, April 18, 2010
Tentang...
Mula menceburi dalam industri blog Malaysia sekitar tahun 2007 dengan menggunakan perkhidmatan dari Blogspot. Juga mempunyai 3 blog lagi untuk dikemaskini. Berblog untuk rekod kehidupan, respon isu semasa, fotografi dan kisah silam.
Tidak pernah sekali2 menjadi problogger yakni seorang pembuat duit online atau istilah PPSMI, online money maker. Hanya mempunyai beberapa blog dan laman forum yang dimonitori sendiri yang berobjektifkan kepelbagaian dalam kehidupan berkomuniti.
Kini, merupakan seorang pekerja di sebuah syarikat swasta bertempat di Kelana Jaya. Bertanggungjawab dalam memastikan tiada keralatan dalam sistem serta menjadi 'supporter' kepada 'supporter'.
Blog ini dikuasakan dengan Blogspot.Com dan menggunakan tema daripada Deluxe Template.