Iklan Bergambar ?

Tuesday, April 27, 2010

Rock Climbing di Batu Cave

Ahad (250410), aku berkesempatan tuk melakukan aktiviti Rock Climbing di Batu Cave. Agak2 aku boleh manjat ke..hahaha..mmg tak arr...tangkap gmbr je lah keje aku..ekekek..




Saturday, April 24, 2010

Sedih Atau Gembira kah ??

Assalamualaikum..

Korang pernah x dgr lirik lagu ni...

Ada seorang gadis
Termenung di jendela ....

Tapi wanita dlm gambr aku ni xde kene mengena ngan lirik tersebut pun..hahaha...ni adalah cubaan aku menangkap gmbr bentuk 'Potrait' . yeke neh erk... ? Apa-apa pun, aku masih dlm proses mengenali dgn lebih rapat kamera dan fungsi2nya...

Thanks Nad n Intan sbb sudi diambil gambar. Aku ni masih belajar cmne nak amik gambar.. Kalau gambar ini mencacatkan kamu yg sememangnya cantik itu, aku minta maap.. ahaks..^_^



Ini Bokeh ?

Apekah itu Bokeh ?
Ia berasal dari perkataan dalam bahasa jepun, ianya merupakan satu istilah dalam fotografi yang merujuk kepada kabur(blur) pada gambar. Kabur ini adalah disebabkan oleh kawasan yang berada di luar titik fokus yang dihasilkan oleh lensa kamera.

Macam mana nak dapatkan bokeh?
Cara mudah ialah gunakan lens yang mempunyai aperture besar seperti F1.4 – F2.8. Satu lagi kaedah adalah dengan menggunakan jarak, pastikan subjek dan latar belakang ada jauh akan menghasilkan bokeh.

Dalam bahasa yg susah sikit cenggini....

" In photography, bokeh is the blur, or the aesthetic quality of the blur,in out-of-focus areas of an image, or "the way the lens renders out-of-focus points of light."Differences in lens aberrations and aperture shape cause some lens designs to blur the image in a way that is pleasing to the eye, while others produce blurring that is unpleasant or distracting— "good" or "bad" bokeh, respectively. Bokeh occurs for parts of the scene that lie outside the depth of field. Photographers sometimes deliberately use a shallow focus technique to create images with prominent out-of-focus regions.

Bokeh is often most visible around small background highlights, such as specular reflections and light sources, which is why it often associated with such areas. However, bokeh is not limited to highlights, as blur occurs in all out-of-focus regions of the image. "

Rujukan : http://en.wikipedia.org/wiki/Bokeh


Adakah gambar yg aku tangkap ni boleh dikatakan bokeh ataupun.......................boleh? Tp terang2 bukan kot..aperture yg aku guna f5.6 tp klu ikut nota kat atas tu guna aperture besar cam f 1.4 atau f 2.8. hahaha.. teruskan usaha..caiyok2.

Camera: Canon EOS 1000D Digital
Exposure: (1/60)
Aperture: f/5.6
Focal Length: 39mm
ISO Speed: 200


Thursday, April 22, 2010

Visit I - City Shah Alam : Pine Light Trees

Disebabkan aku baru je berkecimpung dalam dunia dslr neh..tangan pun masih menggigil pegang eos 1000D yg mula menempatkan dalam hati aku meninggalkan samsung Es10 berada di dalam almari..hehehe.. aku pun ajaklah Rinto ngan Nad ke i-City, Shah Alam pd 16hb April yg lps.

Ini adalah cubaan dlm menyerasikan diri bersama agar tidak kekok dan malu aku terhadap 1000D itu..hahaha..Walaupun aku hanya mampu memiliki Canon eos 1000D, tapi aku rasa puas sbb lama sudah memendam rasa nak memilikinya.. Kalau diikutkan hati neh, fedup gak rsenye bila gmbr yg diambil x menepati ciri2 yang dikehendaki. Tapi, aku hanyalah seorang fotografer 'beginner' dan masih byk yg perlu aku pelajari.

Thanks to Rinto n Nad sbb sudi ikut aku kesana..

[ smpi sana jmpe 2 org staf TMS sedang mengecat dinding opis i-City ]

Camera: Canon EOS 1000D Digital
Exposure: (1/16)
Aperture: f/3.5
Focal Length: 29mm
ISO Speed: 800

Antara gambar2 yang kami shot......









Wednesday, April 21, 2010

Don't know What Is That ?

Aku nak gerak g kerja pg td, tetiba aku nmpk satu objek kat laman umh.. Apakah itu..? Dengan pantas aku keluarkan perakam imej aka kamera 1000D aku tuk merakam aksi tidur 2 ekor makhluk ini.. Wahhh, bukan main lena lagi..aku cuak nak pegang, x psl2 kene gigit..hehehe...

Aku x tau binatang ape sbnrnye..korang tau tak binatang apakah ini ????

Camera: Canon EOS 1000D Digital

Exposure: (1/100sec)
Aperture: f/5.6
Focal Length: 41mm
ISO Speed: 100





Panaroma of Broga Hill

Aktiviti yang aku lakukan bersama kwn2 aku ni x lah lama sangat..br awal bulan April ari tu jerk.. Planning ni dibuat oleh Sal dan pengikut2 dia neh terdiri drpd amin, mila, nad, amran, husna dan aku sendiri.

Memanjat Bukit Broga yg terletak di Semenyih.. pukul 6pg dah gerak n semua berkumpul kat parking opis. Smpi sana pun org dah ramai..Aktiviti memanjat agak meletihkan badan dgn keadaan tidur yg kurang serta bentuk muka buminya yg x seperti di kaki lima jalan petaling street.

Akhirnya, dlm jam 8pg kami pun smpi di puncak yang pertama..sebenarnye aku malas nak cerita sbb nnti aku cerita dlm blog aku lg satu..disebabkan blog ni bertunjangkan bab2 fotografi, so aku nak cite psl gmbr2 jerk..muakakaka...poyos giless...

Masa manjat bukit ni, aku xde lagi kamera cap dslr neh..aku pakai kamera compact Samsung ES10 yg baterinye bertahan selama 10 minit (sbb x cas)... power lg kamera kau ni..x caya korg tgk gmbr2 kat bawah tu.. lain2 cume mengharapkan kamera incik amin jerk..klu x silap aku dia pakai Nikon D60..

Wooo, hebat kan..kamera x hebat pun sbnrnye, tp kita yg mengawal kamera tu yg hebat...yelah, kita ni manusia diciptakan oleh Allah mmg hebat pun..Bersyukurlah ye.. Alhamdulillah..tambah lg dgn alam yg diciptakan-Nya.

Alhamdulillah sekali lagi sbb kami berjaya menawan puncak bukit broga dgn keizininan dari-Nya..

Camera: Samsung ES10 8.1 Mp
Photo Style Selector : Forest
ISO Speed: Auto









Sunday, April 18, 2010

Tentang...

Moque atau nama sebenar Mohd Rizal Bin Yusop, pemilik penuh blog ini. Seorang yang punya minat dalam world wide web, komputer, aktiviti mendaki dan bersungai serta fotografi. Seorang yang prihatin terhadap kehidupan sekitar. Seorang yang nampak cam keras diluar tetapi mempunyai taman bunga dalam hatinya. Suka berdebat tentang isu tak berfaedah bersama rakan di mapley.

Mula menceburi dalam industri blog Malaysia sekitar tahun 2007 dengan menggunakan perkhidmatan dari Blogspot. Juga mempunyai 3 blog lagi untuk dikemaskini. Berblog untuk rekod kehidupan, respon isu semasa, fotografi dan kisah silam.

Tidak pernah sekali2 menjadi problogger yakni seorang pembuat duit online atau istilah PPSMI, online money maker. Hanya mempunyai beberapa blog dan laman forum yang dimonitori sendiri yang berobjektifkan kepelbagaian dalam kehidupan berkomuniti.

Kini, merupakan seorang pekerja di sebuah syarikat swasta bertempat di Kelana Jaya. Bertanggungjawab dalam memastikan tiada keralatan dalam sistem serta menjadi 'supporter' kepada 'supporter'.

Blog ini dikuasakan dengan Blogspot.Com dan menggunakan tema daripada Deluxe Template.

Related Posts with Thumbnails