Iklan Bergambar ?

Wednesday, December 29, 2010

| Majlis Pernikahan Ijanz & Ieda |

Salam semua,

Kali ni aku nak update sepanjang majlis pernikahan ijanz & ieda bertempat di Taman Samudera, Manjung, Perak D.R pada 25 Disember 2010 yang lalu. Terima kasih pada Zam dari TADC - Creative sbb sudi ajak aku berkolaborasi untuk kali ke-2 dan juga sorg lagi sahabat, Angah. :)

Sayangnya, pada hari terakhir aku x dapat nak shoot untuk outdoor session. Kamera aku dah out of service..huhuhu..bila on je kuar error. Asal error je bila on. Adakah ingin minta ditukar kepada kamera yang baru?

Terima kasih x terhingga pada pasangan pengantin baru, ijanz & ieda sekeluarga kerana memberikan layanan yg superb masa kami berada disana. Siap layan bola Malaysia vs Indonesia lagi beramai2 kat ruang tamu..hehehe.. Layan gambar sekitar majlis pernikahan mereka. ^_^

IMG_0657

IMG_0652

IMG_0749

IMG_0710

IMG_0781

IMG_0801

cats

IMG_0898

Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat. ^_^

Saturday, December 11, 2010

Pangkor Island | Candid (Part 2).

Salam semua,
Ni aku sambung part 2 gambar2 kat Pulau Pangkor. Aku masih belajar cara2 tuk candid/street photog nih. Kalau ade komen korang aku ucapkan berbanyak2 terima kasih. ^_^

# 7 Letih sgt dah ni..
Keletihan lalu tido ditingkap feri.

# 8 Apa nak makan ni ye..
Apa makanan sedap ni..

# 9 Jom buat istana pasir..cpat2..
Sand castle from me..otw :)

# 10 Mai, saya bawa sekitar pulau..
Mai..mai naik sampan kami ni..

# 11 Jangan menangis anakku sayang..mak ade ni..
Takut air ke neh..?

# 12 Yess, dapat biskut..
Biskut pun biskut lah..

# 13 Huh......
Oooo, amik gmbo aku curik2 ye..

# 14 Makan aiskrim dulu..
Keras sungguh aiskerim neh..

# 15 Lain macam je aiskrim ni..
Apa ada dlm aiskerim neh?

# 16 Mak datin nak pegi pasar.
Mak datin nak pegi pasar.

Thursday, December 9, 2010

Pangkor Island | Candid (Part 1).

Salam semua,

Kali ni aku nak post gambar2 masa kat Pulau Pangkor. Tp gambar ni aku candid je. Pasal kejadian di Pulau Pangkor aku cerita dalam blog personal aku jerk..hehehe..

# 1 Senang hati dapat duduk dibelakang kan..
Wahh, so free ya..

# 2 Motor vs Basikal.
Le Tour de Pangkor

# 3 Tak tau nak pergi arah mana ?
Confius where to go..

# 4 Tertidur sementara menunggu feri tiba.
Tired..

# 5 Kakak dan adik. Mengapa akak bersedih?
Brother & Sister.

# 6 Pandangan tidak puas hati kah?
Y.O.U


Friday, November 26, 2010

Tuesday, November 16, 2010

| Dennis RR-80 |

Salam buat semua,

Siapa yang pernah masuk dan melawat ke Muzium Negara mesti akan nampak 'kenderaan merah' ni kan. 'Kenderaan merah' ni diletakkan di perkarangan muzium. Selama 26 tahun hidup ni, inilah kali pertama aku masuk ke Muzium Negara. Banyak yang menarik kat sini. Kalau korang x pernah masuk ke Muzium Negara ni, bawak2 la melawat. hehe.. :)

Ini gambar 'kenderaan merah' itu..

Kereta Bomba Jenis Dennis RR - HDR Yang Tak Sangat

Nama: Kereta Bomba Jenis Dennis RR - B80 NO. BE 3842
Kategori: Koleksi Etnologi.
Lokasi: Perkarangan Muzium Negara.

Kereta Bomba ini jenis Dennis RR-80 buatan England dengan no pendaftaran E 3842 adalah kenderaan utama Perkhidmatan Bomba Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dari tahun 1958 hingga 1981. Ia telah dihadiahkan kepada Muzium Negara pada hari Rabu 6 Januari 1982. Di antara maklumat asas yang diketahui tentang kenderaan ini ialah ukuran panjangnya ialah 686.25 sm, lebar 259.25 sm dan tingginya 211.45 sm. Manakala tarikh dibeli pada 24 Disember 1958 dengan harga RM 52, 120.00.

Saturday, November 13, 2010

Nik & Nooriah | 5 - 6 Nov 2010

Salam 1 Malaysia,

Ini adalah pertama kali aku shoot photo tuk wedding ceremony. Majlis ni berlangsung di Port Dickson, N9. Thanks to Zam dari TADC-Creative sbb ajak aku. Kira pengalaman pertama aku dalam bidang fotografi perkahwinan ni. Sebelum ni aku banyak tangkap gambar tuk program ngan kursus je. Ckp byk pun nanti semua boring. So layan gambar ye..

Opps, lupa lak..Pada pengantin baru, Nik & Norriah..aku doakan korang berbahagia hingga akhir hayat.


bunga penghias pelamin
bertanyakan keadaan bakal suami
tenang
masanya telah tiba
alhamdulillah
batal air sembahyang
ciuman suami tercinta
ciuman isteri
tersenyum menunggu
Nik & Norriah_khatam al-quran
Nik & Norriah_anggun
Nik & Norriah_rombongan pihak lelaki
Nik & Norriah_b&w
Nik & Norriah_sama cantik dan padan
Nik & Norriah_menepung tawar mempelai
Nik & Norriah_ayahanda norriah
Nik & Norriah_makan beradab
Nik & Norriah_melihat permandangan dilaut
Nik & Norriah_Kasut
Nik & Norriah_berjalan di pasir pantai
Nik & Norriah_sunset

Sunday, November 7, 2010

| Adam 5th year Birthday |

IMG_1084
IMG_0582
IMG_1187
IMG_1262
IMG_1246
IMG_1256
IMG_1140
IMG_1101
card
Birthday boy
cats
Together

Meriah dan seronok bila rakam gambar kanak2 riang neh. Dengan aku2 riang gumbira..haha. Ini kira first-time aku tangkap gambar utk majlis ulang tahun atau birthday party. Lokasi majlis di McDonald Bandar Sri Damansara. Sebenarnya Raihana ni membe aku masa sekolah dulu. Lama dah x jumpa.Thanks to Raihana dan keluarga.


Kanak2 ni mmg seronok nak dirakam gambarnya. Mereka ni selamber jerk. Lagi pulak tu aktif bebenor. Gasaklah semua dia nak cuba. Disebabkan ini pertama kali aku tangkap gambar kanak2 riang ni, agak huru hara jugak nak mengawal mereka ni. Lagi2 masa nak tangkap gambar beramai2. Aku yang pening. hahaha..



Nak kena pandai ambil hati mereka. Kalau x nanti ada yang menangis tetiba, lari dari kita atau tutup muka sbb malu. Jurugambar ni kenalah berkawan dengan mereka ni. Kalau boleh join sekali dgn mereka, nanti taklah mereka ni malu bila depann kamera. Lagi satu, kalau mereka ni dah hilang kawalan, pandai2 lah nak settle ye..hehehe.. :)



Antara tips untuk tangkap gambar kanak2.



1. Berbual2 dengan kanak2 dan masuk dalam kelompok mereka yang sedang bermain, tunjuk gambar mereka yang telah ditangkap dan puji sikit2. Jangan puji banyak2, nanti diorg kembang pulak..



2. Pastikan anda turun separas dengan mata mereka untuk mendapatka gambar yang cantik dan natural.



3. Fokuskan pada mata mereka. Ini akan menghidupkan gambar. Bercahaya2 mata diorg ni tau.



4. Gunakan sesuatu yang boleh menarik perhatian mereka spt penggunaan flash.



5. Pilihlah baju yang menarik perhatian mereka. Berwarna terang. Kalau boleh jurugambar pakai baju Ben10..hahaha..



6. Gunakan ISO yg tinggi atau shutter yang laju.



7. Lebih baik guna Burst Mode. Baru nampak pergerakan kanak2 sbb mereka ni aktif. Kejap kesini, kejap disana.



Apa pun, hepi besday to you Adam. Semoga menjadi anak yang soleh. InsyaAllah.


p/s - gambar x smpai kat owner dah aku masuk dlm blog..ekeke.. :)
Related Posts with Thumbnails