Iklan Bergambar ?

Tuesday, November 16, 2010

| Dennis RR-80 |

Salam buat semua,

Siapa yang pernah masuk dan melawat ke Muzium Negara mesti akan nampak 'kenderaan merah' ni kan. 'Kenderaan merah' ni diletakkan di perkarangan muzium. Selama 26 tahun hidup ni, inilah kali pertama aku masuk ke Muzium Negara. Banyak yang menarik kat sini. Kalau korang x pernah masuk ke Muzium Negara ni, bawak2 la melawat. hehe.. :)

Ini gambar 'kenderaan merah' itu..

Kereta Bomba Jenis Dennis RR - HDR Yang Tak Sangat

Nama: Kereta Bomba Jenis Dennis RR - B80 NO. BE 3842
Kategori: Koleksi Etnologi.
Lokasi: Perkarangan Muzium Negara.

Kereta Bomba ini jenis Dennis RR-80 buatan England dengan no pendaftaran E 3842 adalah kenderaan utama Perkhidmatan Bomba Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dari tahun 1958 hingga 1981. Ia telah dihadiahkan kepada Muzium Negara pada hari Rabu 6 Januari 1982. Di antara maklumat asas yang diketahui tentang kenderaan ini ialah ukuran panjangnya ialah 686.25 sm, lebar 259.25 sm dan tingginya 211.45 sm. Manakala tarikh dibeli pada 24 Disember 1958 dengan harga RM 52, 120.00.

0 komen korang !:

Related Posts with Thumbnails