Cobaan mengHDRkan gambar sendiri. hehe..jadi ke neh ?
Friday, November 26, 2010
Tuesday, November 16, 2010
| Dennis RR-80 |
Salam buat semua,
Siapa yang pernah masuk dan melawat ke Muzium Negara mesti akan nampak 'kenderaan merah' ni kan. 'Kenderaan merah' ni diletakkan di perkarangan muzium. Selama 26 tahun hidup ni, inilah kali pertama aku masuk ke Muzium Negara. Banyak yang menarik kat sini. Kalau korang x pernah masuk ke Muzium Negara ni, bawak2 la melawat. hehe.. :)
Ini gambar 'kenderaan merah' itu..
Nama: Kereta Bomba Jenis Dennis RR - B80 NO. BE 3842
Kategori: Koleksi Etnologi.
Lokasi: Perkarangan Muzium Negara.
Kereta Bomba ini jenis Dennis RR-80 buatan England dengan no pendaftaran E 3842 adalah kenderaan utama Perkhidmatan Bomba Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dari tahun 1958 hingga 1981. Ia telah dihadiahkan kepada Muzium Negara pada hari Rabu 6 Januari 1982. Di antara maklumat asas yang diketahui tentang kenderaan ini ialah ukuran panjangnya ialah 686.25 sm, lebar 259.25 sm dan tingginya 211.45 sm. Manakala tarikh dibeli pada 24 Disember 1958 dengan harga RM 52, 120.00.
Info : Web Muzium Negara
Saturday, November 13, 2010
Nik & Nooriah | 5 - 6 Nov 2010
Salam 1 Malaysia,
Ini adalah pertama kali aku shoot photo tuk wedding ceremony. Majlis ni berlangsung di Port Dickson, N9. Thanks to Zam dari TADC-Creative sbb ajak aku. Kira pengalaman pertama aku dalam bidang fotografi perkahwinan ni. Sebelum ni aku banyak tangkap gambar tuk program ngan kursus je. Ckp byk pun nanti semua boring. So layan gambar ye..
Opps, lupa lak..Pada pengantin baru, Nik & Norriah..aku doakan korang berbahagia hingga akhir hayat.
[SlideShow] Wedding Nik & Nor from Moque on Vimeo.
Sunday, November 7, 2010
| Adam 5th year Birthday |
Meriah dan seronok bila rakam gambar kanak2 riang neh. Dengan aku2 riang gumbira..haha. Ini kira first-time aku tangkap gambar utk majlis ulang tahun atau birthday party. Lokasi majlis di McDonald Bandar Sri Damansara. Sebenarnya Raihana ni membe aku masa sekolah dulu. Lama dah x jumpa.Thanks to Raihana dan keluarga.
Kanak2 ni mmg seronok nak dirakam gambarnya. Mereka ni selamber jerk. Lagi pulak tu aktif bebenor. Gasaklah semua dia nak cuba. Disebabkan ini pertama kali aku tangkap gambar kanak2 riang ni, agak huru hara jugak nak mengawal mereka ni. Lagi2 masa nak tangkap gambar beramai2. Aku yang pening. hahaha..
Nak kena pandai ambil hati mereka. Kalau x nanti ada yang menangis tetiba, lari dari kita atau tutup muka sbb malu. Jurugambar ni kenalah berkawan dengan mereka ni. Kalau boleh join sekali dgn mereka, nanti taklah mereka ni malu bila depann kamera. Lagi satu, kalau mereka ni dah hilang kawalan, pandai2 lah nak settle ye..hehehe.. :)
Antara tips untuk tangkap gambar kanak2.
1. Berbual2 dengan kanak2 dan masuk dalam kelompok mereka yang sedang bermain, tunjuk gambar mereka yang telah ditangkap dan puji sikit2. Jangan puji banyak2, nanti diorg kembang pulak..
2. Pastikan anda turun separas dengan mata mereka untuk mendapatka gambar yang cantik dan natural.
3. Fokuskan pada mata mereka. Ini akan menghidupkan gambar. Bercahaya2 mata diorg ni tau.
4. Gunakan sesuatu yang boleh menarik perhatian mereka spt penggunaan flash.
5. Pilihlah baju yang menarik perhatian mereka. Berwarna terang. Kalau boleh jurugambar pakai baju Ben10..hahaha..
6. Gunakan ISO yg tinggi atau shutter yang laju.
7. Lebih baik guna Burst Mode. Baru nampak pergerakan kanak2 sbb mereka ni aktif. Kejap kesini, kejap disana.
Apa pun, hepi besday to you Adam. Semoga menjadi anak yang soleh. InsyaAllah.
p/s - gambar x smpai kat owner dah aku masuk dlm blog..ekeke.. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)