Iklan Bergambar ?

Wednesday, October 19, 2011

| Pre-Wedding : Bob & Lin |

Assalamualaikum,

Ahha, kali ni aku ditugaskan untuk ambil gambar pre-wedding pasangan Bob & Lin. Aku dah tak tau acane nak tangkap gambar pre-wedding ni. Pulak tu dapat call dari Zam yang dia tak dapat nak turun sebab ada hal kecemasan. Hamek ko. So aku berdua je dengan Akmal.

First time untuk aku shoot pre-wedding ni. Ntah apa lah jadinya, Aku search kat internet, memang banyak contoh/tema pre-wedding ni. Tapi disebabkan masa yang suntuk, aku x boleh nak prepare macam-macam. Apa yang ada tu jalan je. Hehehe..

Lokasi untuk pre-wedding diambil di sekitar Tugu Negara, Taman Tasik Perdana dan Planetarium Negara. Punya bersemangat lah diorang ni, asal janji jumpa untuk shoot jam 930 tapi jam 8pg diorang dah ada kat Tugu Negara. Terbaek lah. Minta maaflah ye atas kelewatan kami ni. Pasangan ini bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan Jan 2012 akan datang. Fuhhh, debaran..debaran.. :)

Apapun, kami ucapkan terima kasih kerana memberi peluang untuk merakamkan detik-detik indah ber'couple' sebelum korang melangkah ke alam perkahwinan. Minta maaf andai ada kekurangan ye. Kami doakan korang berdua bahagia. 



Tuesday, September 20, 2011

| Pernikahan : Zamri & Najwa |

Assalamualaikum,

Masih lagi sempat untuk mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidil Fitri' kan. Hari ini genap 22 hari kita semua umat Islam menyambut raya. Minggu depan mesti penuh jemputan rumah terbuka ni.

Minggu lepas 16 Sept 2011, sempena menyambut 'Hari Malaysia dan Hari Kemerdekaan', sekali lagi aku berkolaborasi dengan TADC Creative + Muhammad Akmal ke Semenyih untuk cover Majlis Pernikahan Zamri & Najwa.

Hujan sangat lebat tetapi berhenti sejam sebelum majlis berlangsung. Inilah yang dikatakan hujan rahmat ye tak. Alhamdulillah, majlis berlangsung dengan aman dan damai. Tok kadi pun kelakar orangnya. Keluarga di pihak perempuan pun sporting habis.

Kepada pasangan pengantin, Zamri & Najwa, diucapkan Selamat Pengantin Baru. Semoga hubungan diberkati dan berkekalan hingga akhir hayat.

Zamri & Najwa


Tuesday, June 21, 2011

| Majlis Bertandang : Hassan & Kinah |

 Bismillahirrahmanirrahim,

Majlis Bertandang Hassan & Kinah
26 Jun 2011
Ampang, Selangor

Ha, pemalas betul nak update blog ni kan. Pasangan pengantin pun balik dari honeymoon kot. La ni pun tengah pikir lagi nak tulis ke atau sambung esok. Hahaha.. C'mon moq. :)

Ok, aku ambil keputusan untuk sambung je lah. Pasangan pengantin ini sebenarnya saudara kepada Zam - TADC Creative. Macam biasa tugas aku ni sebagai backup photographer. Tau jelah, aku ni masih dalam pembelajaran. Nah, gambar sekitar majlis berlangsung.













Semoga kalian berdua berbahagia hingga akhir hayat. Amin.
Related Posts with Thumbnails