Iklan Bergambar ?

Showing posts with label Ucapan Untuk Semua. Show all posts
Showing posts with label Ucapan Untuk Semua. Show all posts

Saturday, January 1, 2011

| Selamat Tahun Baru 2011 |

Salam semua,

Kini kita sudah pun berada di tahun yang baru, dekad yang baru. Pelbagai perkara yang telah berlaku pada tahun 2010 yang lalu. Suka duka, gelak ketawa, tangis dan esakan telah kita lalui selama ini. Kini, ianya hanyalah kenangan yang kita telah tinggalkan dan tidak mungkin berjumpa lagi dengannya. Segala yang berlaku itu adalah dugaan dan cabaran yang akan mematangkan kita untuk pergi dan bergerak jauh ke hadapan.

Tidak semua orang melalui ujian seperti kita. Dan kita harus bersyukur kerana kita masih diingati olehNya kerana diberikan ujian itu. Kerana dengan ujian itulah kita akan kembali mengingatiNya dan memohon keampunan daripada tuhan yang satu. Bagi kepada rakan-rakan yang telah mengakhiri zaman bujangnya, aku ucapkan tahniah kepada kalian.

Dan tidak lupa juga ucapan sekalung tahniah kepada rakan-rakan yang menyambut tahun baru ini dengan kelahiran cahaya mata pertama mereka. Sudah pasti dalam kegembiraan itu akan dihiasi dengan air mata kesyukuran kerana diberikan zuriat yang bakal mewarisi kehidupan mereka. Aku doakan semoga kita semua akan lebih baik di tahun 2011 ini. Kebahagiaan, kesenangan dan keceriaan akan sentiasa menyelubungi kehidupan kita sepanjang tahun baru ini.

Selamat tahun baru 2011 diucapkan kepada anda semua..


Tuesday, September 7, 2010

|Salam Aidilfitri Tuk Korang !|

Assalamualaikum,
Buat semua rakan2 bloggers yg dikenali, Mr. Moque ingin mengucapkan ...



Semoga kita semua sentiasa dalam keberkatan-Nya. Kepada yg pulang ke kampung, berhati2 memandu. Kalau mengantuk berenti dulu ye..Kat sini aku lampirkan sekali link tuk korang tengok keadaan lalulintas kat higway, rela time punye neh.. Pepun, diucapkan salam aidilfitri dan selamat bercuti. :)

ikhlas dari Mr. Moque sekeluarga
Kg Paya Jaras, Sg Buloh.

Related Posts with Thumbnails