Iklan Bergambar ?

Monday, March 7, 2011

NOTA : Jenama Kamera (Timeline)

Assalamualaikum semua,

Lama dah aku x menulis and update apa2 dlm blog neh. Kesibukan diri dgn laluan internet yang kurang memuaskan di kawasan rumah. Ramai dah kawan2 aku yg telah terjun ke dalam bidang fotografi dgn kamera yang canggih2. Bagus beb, cubalah sendiri keseronokannya bila kita merakam gambar yg org lain xde..hehehe..

Pernah kawan2 tanya aku,

"kamera ape yg bagus ye klu nak beli? klu Canon ok x? Nikon? Son
y kurang lg kan.."

So, agak2 ape yg aku jawab ye..disebabkan aku pengguna Canon, aku pun jawablah Canon hokay..wakakka...xdelah..~!!

Jawapan aku mudah jerk, bpe bahjet ko..? So dgn bajet yg dia ada barulah leh beli apa model kamera dgn nilai duit yang dia ada. Melainkan kalau dia kata, aku xdehal bab duit..beli je mne yg bagus..cmtu senang sikit la kan..hahaha..

Kamera ni ada beberapa kelasnya yg tersendiri. Bermula daripada entry level hinggalah ke pro level. Harga juga berbeza mengikut kelas2nya.

1. Jenama Canon.

Klik kat gambar tuk besarkan.


Pada tahun ini juga yakni 2011, Canon telah melancarkan 2 model baru iaitu :

i) 1100D - Entry Level - RM1830 with kitlens 18-55 IS II.
ii) 600D - Amatur - RM2799 with kitlens 18-55 IS II.

2. Jenama Nikon

Klik kat gambar tuk besarkan.
Sumber : Wikipedia

Maaflah, untuk maklumat2 berkenaan dengan jenama2 lain selain dari jenama diatas tiada. Insyallah, akan dicari.

Apa-apa pun tuk rakan2 yang ingin menceburi bidang fotografi ni, kamera ni cuma alat je. Jangan pening2 kepala. Yang membuatkan gambar tu nampak cantik ialah siapa dibelakang kamera tersebut. so buatlah pilihan yang bijak. Tepuk poket, tengok duit ye..hehehe..

Kalau ada siapa2 yg ada maklumat terbaru berkenaan kamera ni, boleh lah kongsi2 dgn aku yg baru ni.. :)

Friday, January 21, 2011

| Puisi Ini Untuk Ayah |

Salam,

Lama aku x menulis dan ambil gambar since kamera aku duk dlm wad icu. Untuk mengisi masa lapang kadang2 aku neh, aku pun try lah edit satu gambar. Gambar uncle ni aku tangkap masa aku ikut company trip ke Pulau Pangkor. Layan kan pakcik ni tido sambil tunggu feri sampai..mungkin lah tunggu feri sbb duk kat jeti. :)

Puisi Untuk Ayah

Saturday, January 1, 2011

| Selamat Tahun Baru 2011 |

Salam semua,

Kini kita sudah pun berada di tahun yang baru, dekad yang baru. Pelbagai perkara yang telah berlaku pada tahun 2010 yang lalu. Suka duka, gelak ketawa, tangis dan esakan telah kita lalui selama ini. Kini, ianya hanyalah kenangan yang kita telah tinggalkan dan tidak mungkin berjumpa lagi dengannya. Segala yang berlaku itu adalah dugaan dan cabaran yang akan mematangkan kita untuk pergi dan bergerak jauh ke hadapan.

Tidak semua orang melalui ujian seperti kita. Dan kita harus bersyukur kerana kita masih diingati olehNya kerana diberikan ujian itu. Kerana dengan ujian itulah kita akan kembali mengingatiNya dan memohon keampunan daripada tuhan yang satu. Bagi kepada rakan-rakan yang telah mengakhiri zaman bujangnya, aku ucapkan tahniah kepada kalian.

Dan tidak lupa juga ucapan sekalung tahniah kepada rakan-rakan yang menyambut tahun baru ini dengan kelahiran cahaya mata pertama mereka. Sudah pasti dalam kegembiraan itu akan dihiasi dengan air mata kesyukuran kerana diberikan zuriat yang bakal mewarisi kehidupan mereka. Aku doakan semoga kita semua akan lebih baik di tahun 2011 ini. Kebahagiaan, kesenangan dan keceriaan akan sentiasa menyelubungi kehidupan kita sepanjang tahun baru ini.

Selamat tahun baru 2011 diucapkan kepada anda semua..


Related Posts with Thumbnails